Selamat petang ahad semua, selamat berehat bersama keluarga. Hari ni nak share resepi yang dah lama sebenarnya nak cuba. Bagi saya senang nak buat, dapat banyak dan sesuai di makan semua peringkat umur. Untuk yang rajin boleh la gunakan berniaga dengan resepi ini. Anda boleh buat perubahan resepi ikut kesesuaian masing-masing ya. Ok jom mulakan.

Chocolate Marshmallow Peanut Bar
(Loyang Saiz 7 inci)

Bahan-Bahan

180g Digestive Biskut (Blend Halus)
75g Pure Salted Butter (Cairkan)
130g Marshmallow
150g Dark Choc Chip (Cairkan)
45g Kacang Tanah Goreng Cincang

Chocolate Deco
100g Dark Choc Chip (Cairkan)

Cara-Cara
1. Campurkan butter dan digestive Biskut, gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang.
2. Bakar di dalam oven pada suhu 160C selama 10-12 minit kemudian keluarkan.
3. Campurkan chocolate yang telah cair bersama kacang, gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang. ratakan.
4. Susun Marshmallow, kemudian masukkan ke dalam oven 15-18 minit sehingga sedikit brown di bahagian atas.
5. Setelah itu, tuang chocolate deco di bahagian atas. Sejukkan seketika di ljuar dan kemudian chill di dalam peti sejuk 3-4 jam atau lagi bagus semalaman.
6. Boleh la di potong dan dimakan bersama keliuarga tercinta. Stay safe everyone. Salam sayang chef kecik, lagi satu jangan lupa beli PINK SPATULA k.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik