Saya tak pandai edit video ni. Ni je yang mampu, hari tu dah janji nak share resepi ni. Selamat mencuba ye 😅

RESEPI SALMON CREAMY SPAGHETTI

BAHAN

Spaghetti 200g (agak2 la ye)
Salmon 2 Slice (Potong Dadu Besar)
Bawang Besar 1/2 biji (Potong Dadu)
Bawang Putih 2-4 ulas (Potong Dadu)
Cili Padi 8-10 biji
Oregano agak2 la (sy pakai yg fresh beli kat tesco RM0.99)
Telur 1 bij
Whipping Cream 1/2 cwn
Daun Rocket kalau nak letak

Cara-Cara

1. Rebus spaghetti (air rebusan jgn buang)
2. Goreng salmon dengan sedikit minyak tak perlu terlalu garing.
3. Panaskan minyak, masukkan bawang dan bawang putih sampai sedikit kuning warnanya. Masukkan cili padi, kemudian masukkan oregano. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan spaghetti dan sedikit air rebusan.
5. Kemudian dlm satu magkuk lain masukkan telur, whipping cream dan sedikit air rebusan pasta. Kacau sebati dan masukkan ke dalam kuali.
6. Kalau rata kemudian masukkan daun rocket. Nak masuk daun lain pun terpulang, tak nak masuk pun tak apa.
7. Done siap !

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik