Hai semua, hari ini teruja nak share resepi baru Raspberry Crunchy Bar. Untuk resepi ni raspberry jam tu CK buat sendiri, anda boleh juga pakai any type of jam. Selamat mancuba semua 😊
Raspberry Crunchy Bar
(Loyang Saiz 8 inci)
Hasilkan 8-10pcs
70g Salted Pure Butter
120g Raspberry Jam
170g Marshmallow
140g Bubble Rice
60g Corn Flake
30g Kacang Goreng
15g Susu Pekat
Cara-Cara
1. Cairkan butter dengan api perlahan, masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Kemudian terus masukkan raspberry jam, kacau sebati.
3. Terus masukkan marshmallow dan kacau sehingga cair dan sebati dengan semua bahan.
4. Kemudian boleh la terus masukkan bubble rice, corn flake dan juga kacamg goreng.
5. Tutup api, dan gaul rata semua bahan, waktu ni kena cepat sedikit sebab campuran akan cepat mengeras.
6. Masukkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah diletakkan baking paper. Biarkan sejuk dalam 1-2 jam sebelum dipotong. Sekian resepi mudah untuk kali ini.
* Tips penting, gunakan baking spray untuk minyakkan pan dan spatula supaya tidak melekat. Gunakan non-stick pan dan spatula.
* Marshmallow yg dipakai adalah halal, harap tiada yang tanya halal atau tidak 😂
* Untuk bubble rice lebih crunchy bakar di dalam oven dalam 10-15 minit suhu 150C.
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik