Kek Pisang

Bahan-bahan

212g Tepung Gandum

1tsp Baking Soda

¼tsp Garam

¼tsp Cinnamon Powder (CK tak letak)

114g Salted Butter (room temperature)

200g Gula Kastor

30g Gula Perang

2Biji Telur (Gred A)

114g Sour Cream

1tsp Esen Vanilla

300g Pisang Berangan (CK pakai 340g)

Cara-Cara

1. Panaskan oven 170-180C. CK gunakan loyang mini 4×2.5x1inci

2. Campurkan bahan-bahan kering tepung gandum, baking soda, dan garam.

3. Pukul butter selama lebih kurang 1 minit, masukkan gula kastor gan gula perang pukul lagi selama 3-5 minit sehingga creamy.

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati, jangan terlalu lama yer. Ingat tu (speed rendah sahaja)

5. Masukkan vanilla dan juga sour cream, pukul sebati.

6. Masukkan bahan kering separuh pukul sebati dan masukkan sebahagian lagi. Jangan over beat.

7. Masukkan pisang dan pukul sebati sahaja.

8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit.

[Bersambung ke Bahagian 2: Tips]

[Sambungan daripada Bahagian 1: Resepi Kek Pisang]

Tips:

1. Untuk deco pisang di atas kek, pastikan potong nipis supaya tidak tengelam di lautan yer. 

2. Sour cream boleh tukar dgn yogurt atau buttermilk.

3. Dah cuba resepi ni, jangan lupa tag CK tau! Ni tips untuk CK share lagi banyak resepi nanti. 😉

Nak video cara CK buat Kek Pisang ni? Klik link ni ya.

https://www.instagram.com/p/CPk6rDyDE–/

Selamat mencuba!

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.