Bahan-Bahan

225g Butter (salted)

300g Gula Kastor

50g Gula perang

155g Sour Cream

3 Biji Telur (Gred A)

220g Tepung Gandum

75g Serbuk Koko

1tsp Baking Soda

1tsp Baking Powder

3/4tsp Garam

1/3cup Hot Strong Coffee (CK pakai 2tbsp coffee dan 1/3 cup air panas)

Chocolate Drizzle

145g Milk Chocolate

50g Full Cream Milk

Cara-Cara

1. Panaskan oven pada suhu 170-175C

2. Pukul butter, gula kastor dan gula perang sehingga creamy.

3. Masukkan sour cream dan pukul sebati, kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul sebati sahaja, elakkan overbeat ya.

4. Kemudian dalam bekas lain campurkan bahan-bahan kering.

5. Setelah itu, boleh la dimasukkan sebahagian bahan kering ke dalam bancuhan, kalau balik sebati. Teruskan sehingga bahan kering dimasukkan semua.

6. Masukkan hot strong coffee dan kaup balik sebati. Kemudian boleh la di masukkan ke dalam bundt pan.

7. Pastikan bundt pan sudah disapukan dengan butter atau telah anda letakkan baking spray. CK pakai baking spray lebih mudah. 

8. Kemudian untuk elakkan bundt pan dari melekat, CK letakkan juga serbuk koko di sekeliling bundt pan. Ayak sehingga rata, boleh juga nak gantikan dengan tepung. 

9. Bakar pada suhu 170C selama 45-50 minit bergantung kepada jenis oven. 

10. Untuk drizzle, campurkan kedua dua bahan dan masak sehingga coklat cair dan sebati. 

11. Biarkan sejuk seketika sebelum letakkan di atas cake kita. Jangan lupa ambil gambar & tag Chef Kecik Kitchen di Instagram ya.

Selamat mencuba!

Ini link video cara CK buat Chocolate Bundt Cake untuk lebih mudah anda faham.

https://www.instagram.com/p/CPpQPJuD2_f/

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.