Cempedak Buttercake Resepi (Resepi Berniaga)

Hi CK Buddies, harap semua sehat ya dan dipermudahkan segala urusan semua.

Cempedak Buttercake

Acuan 9.5 inci (27.5cm x 9.5cm x 6cm)

Hasilkan 2 biji kek

*kalau tak jumpa acuan ni dekat shopee chef kecik kitchen ada jual ya

Bahan-Bahan

250g Pure Butter

220g Gula Kastor

3 Biji Telur

2 Biji Kuning Telur

270g Tepung Superfine 

2tsp Baking Powder

80g Cempedak Puree

1tbsp Santan Kotak (KARA)

6tbsp Susu Full Cream Milk (Kotak Marigold)

1/4 tsp Garam

Cara-Cara

 1. Panaskan oven 160-165C.

 2. Campurkan cempedak puree dan juga susu. (Susu Cempedak CK panggil)

 3. Untuk bahan kering iaitu tepung,baking powder dan garam anda gabungkan sekali dalam satu bekas.

 4. Pukul butter bersama gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.

 5. Setelah itu masukkan telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk berganbung dan sebati dengan bahan lain.

 6. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu susu cempedak tadi. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu !!

 7. Masukkan dalam loyang loaf panjang 9.5 Inci. Dan bakar di dalam oven selama 30-35 minit atau sehingga masak, masa baking bergantung pada oven masing-masing ya. CK pakai oven industrial brand berjaya, api atas dan  bawah.

Tips 

 1. Guna bahan-bahan yang baru lebih baik, especially telur dan guna serbuk penaik baking powder baru.

 2. Check suhu oven anda menggunakan oven thermometer.

 3. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan kek anda telah masak sebelum keluarkan dari oven.

 4. Elakkan menukar resepi seperti mengurangkan bahan kering dan bahan cecair waktu pertama kali nak cuba resepi ini. kalau tukar bahan kena tanggung risiko produk akhir ya.

 5. Terima kasih CK Buddies sebab always support CK dalam dunia baking ni. Salam sayang CK.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .