Black Charcoal Nutella Pod 😋 Kita buat easy resepi sahaja, mana la tau boleh buat berniaga kan. Jom kita mulakan !

Black Charcoal Nutella Pod

(Acuan 5cm : hasil 26-27pcs)

125g  Pure Butter

100g  Icing Sugar

200g  Tepung Gandum

1/4tsp  Baking Powder

1/4tsp  Baking Soda

50g  Dark Chocolate Chip (chunk)

1/2tsp  Esen Vanilla

1 1/2tbsp  Black Cocoa Powder

Cara-Cara

1. Gunakan room temperature butter, beat sebentar menggunakan senduk atau spatula.

2. Kemudian masukkan icing sugar dan beat sebati sehingga creamy sahaja.

3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata, CK gunakan RB vanilla ye.

4. Dalam satu bekas campurkan bahan kering tepung gandum, baking powder, baking soda dan black cocoa powder.

5. kemudian masukkan ke dalam bancuhan butter, gaul sebati. Kemudian masukkan chocolate chip dan gaul sebati menjadi doh.

6. Bulatkan dalam 18-20g untuk di masukkan ke dalam acuan ukuran 5CM. Tekan sedikit leper. Jangan lupa griskan dahulu acuan ya.

7. Bakar pada suhu 175-180C selama 20-24 minit bergantung pada jenis oven (api atas bawah).

8. Setelah keluar dari oven terus tekan untuk membentuk lubang bagi letakkan nutella.

9. Setelah sejuk boleh letakkan nutella. Selamat mencuba ya.

*Kalau nak texture yang lebih crunchy boleh sahaja bakar semula selama 10-12 minit selepas keluarkan dari acuan.

Kalau dah try jangan lupa tag CK okay 😘

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .