Hai semua seperti yang dijanjikan, hari ni CK nak kongsi resepi buat Blackout Mini Cake yang sangat mudah. Sebut pasal blackout mestilah semua warna gelap dan hitam kan ? Untuk kek ni CK salut dengan coklat untuk nampak lebih menarik. Sebenarnya sangat susah nak dapatkan warna hitam yang pekat dan berkilat, nasib la @vanhoutenprofessional_my ada keluarkan Satin Black Chocolate yang memudahkan semuanya. Untuk salutan warna hitam ni CK gunakan Satin Black Chocolate, sangat la senang nak cairkan dan warna juga hitam tak perlu nak letak pewarna lagi dah. Sekarang dah ada di pasaran, boleh cari dekat kedai-kedai bahan bakeri ya. Ok jom kita mulakan resepi hari ini
Blackout Mini Cake
Tepung Gandum 147g
Serbuk Koko Hitam 1tbsp
Serbuk Koko 1tbsp
Gula Kastor 100g
Gula Perang 50g
Garam 1/4 tsp
Baking Powder 1/2 tsp
Buttermilk 125g
Butter 45g (Dicairkan)
Esen Vanilla 1tsp
Telur 1 Biji
Cara-Cara
- Panaskan oven 170C
- Campurkan kesemua bahan-bahan kering tepung gandum, serbuk koko hitam, serbuk koko, garam, dan baking powder.
- Di dalam bekas lain masukkan buttermilk, melted butter, vanilla dan telur. Kaup balik sebati.
- Masukkan ke dalam bahan kering dan kacau sebati.
- Masukkan ke dalam paiping beg dan sedia untuk dimasukkan ke dalam loyang. Pastikan loyang sudah spray dengan baking spray.
- Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek sudah masak atau pun belum.
Coklat Salut
Satin Black Chocolate secukupnya
Masukkan ke dalam mangkuk dan panaskan di dalam microwave selama 10-15 saat, bergantung kepada jenis microwave. CK selalu masuk dan keluarkan dari microwave untuk kalau untuk kecairan sekatan dan coklat tidak terbakar jika panaskan terlalu lama. Boleh juga gunakan teknik double boil untuk cairkan ya kalau tiada microwave.
Selamat mencuba 🤗🥰
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .