Hi semua! CK nk share balik resepi Moist Banana Cake 🍌🍫 Sambil duduk rumah petang-petang ni boleh la buat minum petang. Senang nak buat ni. Selamat mencuba ya 🤗
Moist Banana Chocolate Cake
(Loyang 8×3)
Bahan-Bahan
4 Biji Pisang Berangan 190g (Pisang lain tak pernah cuba)
113g Salted Pure Butter (cairkan)
120g Buttermilk / Yogurt
1tsp Vanilla Esen (RB Vanilla)
85g Gula Perang
90g Gula Castor
160g Tepung Superfine
1tsp Baking Powder
1/2 tsp Baking Soda
1/2tsp Garam
25g Koko Powder
60g Dark Chocolate Chip
Cara-Cara
- Panas oven 180C
- Lenyek pisang dahulu dengan garfu kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.
- Masukkan buttermilk dan sebatikan, kemudian gula perang dan gaul sebati. Masukkan esen vanilla.
- Bahan kering seperti tepung, baking powder, soda dan garam sekalikan di dalam satu bekas.
- Masukkan bahan kering tadi ke dalam bancuhan dan kemudian ayak koko powder ke dalam bancuhan. Gaul rata.
- Kemudian masukkan coklat chip dan kacau rata.
- Sedia untuk dimasukkan ke dalam loyang, hiasa dengan choclolate chip di atas cake.
- Bakar 180C selama 50-60 minit. Cake akan sedikit moist di bahagian tengah, cucuk lidi di tengah cake jika lidi sudah tidak melekat jadi sudah masak la kek kita.
*notes : sebarang perubahan yang dibuat kepada resepi ini adalah tanggungjawab sendiri untuk hasil produk anda 😅
Selamat mencuba! ❤️
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik