Hi semua. Jom ulang kali Resepi Chocolate Madeleine 😋🍫
Untuk resipi ni , CK guna acuan Madeleine Cake Pan (16cups) . Anda boleh dapatkan di Shopee Chef Kecik Kitchen.
45g Salted Pure Butter (cairkan)
1 Biji Telur Gred A
50g Gula Perang Halus
40g Tepung Gandum
10g Serbuk Badam
15g Sebuk Koko Callebaut
1/4tsp Baking Powder
Gula Icing untuk hiasan
Cara-Cara
- Cairkan butter sebelum digunakan. Sejukkan seketika.
- Pukul telur sehingga sedikit kembang kemudian masukkan gula perang.
- Pukul semula sehingga creamy dan kelihatan pekat.
- Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk badam dan juga baking powder ke dalam mangkuk. (Jika tiada serbuk badam boleh sahaja tambahakan tepung gandum kepada 45g)
- Kaup balik sehingga sebati, elakkan terlalu lama.
- Masukkan butter yang telah di cairkan tadi, masukkan sebahagian pertama dan kaup balik sebati. Dan seterusnya.
- Sediakan kan loyang, sapukan buitter cair dan kemudan masukkan bancuhan.
- Bakar pada suhu 180C, sehingga lebih kurang 5-7 minit bergantung kepada jenis oven.
- Keluarkan daripada loyang, biarkan sejuk dan kemudian bolehlah hias dengan icing sugar.
Selamat mencuba! ❤️
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik