Hai semua ! jom buat tiramisu
Easy Tiramisu Cake
375g Cream Cheese
375g Dairy Whipping Cream
2tbsp Serbuk Kopi (Saya Pakai Nescafe Gold)
1 1/2 cwn Air Panas (Untuk Bancuhan Kopi)
3/4cwn Susu Pekat
1 tsp Esen Vanilla
Biskut Lady Finger
Cocoa Powder & Cocoa Nips secukupnya
1. Campurkan kopi dan air panas di dalam mangkuk.
2. Pukul cream cheese sehingga creamy dan kemudian masukkan susu pekat, pukul sebati.
3. Pukul whipping cream sehingga kental
4. Campurkan kedua-dua bahan di dalam bekas dan kaup balik sebati
5. Campurkan kesemua bahan bahan ke dalam bekas lain
6. Rendam biskut ke dalam air kopi dan kemudian susun di dalam loyang. Setelah selesai, letakkan cream di atas dan ratakan. Ulang step ini untuk lapisan seterusnya.
7. Setelah itu simpan di dalam chiller semalaman lebih baik.
8. Keluarkan daripada chiller, dust dengan cocoa powder dan hias dengan cocoa nips. Dah siap, selamat mencuba.
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.