Lemon Bundt Cake
Bahan-Bahan
Loyang Bundt untuk 10 Cups
Loaf Pan 9X3
250g Butter (Pure Butter)
220g Gula Kastor
3 Biji Telur
2 Biji Kuning Telur
270g Tepung Superfine
2tsp Baking Powder
90g Jus Lemon
Lemon Zest 2 Biji
Lemon Sugar Drizzle
2 tbsp Jus Lemon
3/4 cwn Gula Ising
Cara-Cara
1. Panaskan oven 160C, spray loyang dengan baking spray dan taburkan sedikit tepung untuk elakkan dari melekat. Bergantung pada jenis loyang yang digunakan.
2. Parut lemon dan campurkan bersama gula, CK gaul guna tangan sahaja.
3. Pukul butter dan gula sehingga creamy dan kemudian masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik.
5. Seterusnya masukkan lemon jus sedikit demi sedikit dan kaup balik sebatikan.
6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selam 45 minit.
7. Untuk Lemon Sugar Drizzle, campurkan gula ising dan juga lemon gaul sebati.
8. Macam biasa, hias kemas-kemas, ambil gambar & tag CK tau!
chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .