Roti Putih
(nak video lagi say hi k, baru I rajin nak share 🤣)
.
Bahan A
125ml Air Suam
1 1/2 tsp Yis Segera
1 tbsp Gula Castor

Bahan B
350g Tepung Roti/Tepung Gandum
1 tbsp Gula Castor
1/4 tsp Garam
1 Tbsp Shortening/Marjerin

Air Suam 30-50ml (Masuk sedikit sedikit dalam bancuhan)

Cara-Cara
1. Campurkan bahan A dalam bekas dan bias dalam 10 minit. Untuk Yis hidup perlukan suhu yang sesuai dalam 37-39C. Kalau terlalu panas yis tak hidup. Dan make sure pakai Yis yang baru dibeli sebab kalau yang dah lama mungkin dia dah mati dan tau mau hidup dah 🤣
2. Masukkan Bahan B dalam 1 bekas kecuali shortening, gaul sebati. 
3. Masukkan bancuhan yis (Bahan A)Rata dan uli sehingga menjadi doh. 
4. Ingat air 30-50ml tadi jangan masuk semua sekali ikut keperluan jika doh dah boleh uli cantik tak perlu letak dah. Uli kasar kemudian letakkan shortening dan uli lagi sehingga tidak melekat dan cantik. 
5. Uli pakai tangan memang menguji sangat tapi sebab nak tunjuk dekat semua guna tangan pun boleh naik juga la muscle muscle ni. Uli sampai dapat doh licin ye.
6. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang dah gris dengan minyak supaya tak melekat. Biar doh naik 2 kali ganda.
7. Selepas tu tumbuk tumbuk doh tu bagi keluar udara dan bahagi kepada 3 bahagian.
8. Roll doh dan kemudian masukkan ke dalam loyang roti 20x11x11cm. Biar doh naik dua kali ganda sekali lagi dan ready untuk bakar. Sapu susu full cream milk atas roti sebelum bakar.
9. Bakar pada suhu 200C api atas bawah selama 35-40 minit ikut jenis oven ye. Saya punya oven 40-45 minit baru cantik.
10. Ok penat taip jangan tak cuba pula ye. Ok nak sambung buat cookies. RB Cookies tengah ada promo mai beli ye 😍

Resepi Asal dari : @che_nom

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik