hi 👋🏼 jom la kita buat new resepi tanpa digestive biskut..haha. Pemanis mulut berbuka semalam percubaan buat sirap panna cotta. Tak payah taip panjang-panjang yer. Say hi sikit kat komen yer for next resepi 😊

SIRAP LONGAN PANNA COTTA

Bahan A
200ml Full Cream Milk
100ml Whipping Cream
50g Gula
1 tbsp Gelatin
2 tbsp Air Panas

Bahan B
300ml Air Longan (ambil dari dalam tin)
30g Gula
1 tbsp Gelatin
2 tbsp Air Panas
1/4 tsp Sirap (nak merah lagi letak extra)

Longan 1 Tin

Cara-Cara

1. Masukkan full cream milk, whipping cream dan gula dalam periuk dan masak sehingga gula larut. Api perlahan.
2. Larutkan gelatin dan air panas, masukkan ke dalam bancuhan dan tutup api. Kemudian masukkan ke dalam bekas acuan. Biar set di dalam chiller sebelum terus step untuk sirap.
3. Masukkan air longan dan gula dalam periuk masak sehingga gula larut. Larutkan gelatin dan air panas, masukkan ke dalam bancuhan, masukkan sirap dan tutup api. Biar sejuk seketika tapi jangan lama sangat.
4. Kemudian masukkan ke dalam bekas acuan. Pastikan bancuhan susu sudah betul-betul set dan kental sebelum masuk bancuhan sirap dan longan. Kalau tak jadi macam saya tak sabar so tak cantik jadinya. 
5. Longan tu masuk la dalam bekas dulu sebelum masuk bancuhan sirap. Itu sahaja, biarkan sejuk dan set ok. Selamat mencuba semua & selamat berbuka.

Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik