Hi semua seperti yang dijanjikan hari ni kita share resepi Biscoff Lavanaloka Cake, dengar nama pun dah lain macam kan. Rasanya pun pasti menarik dan tertarik, cuma yang tak menarik dan tertarik adalah biskut Biscoff yang mahal macam ketul emas harganya. Kepada reseller jangan la beli borong banyak-banyak buat stock, kesian la dekat kami ni yang terpaksa beli harga yang kadang-kadang tengok pun boleh jadi nyawa-nyawa ikan sekejap. Tak pe la tak mau sedih-sedih jom la kita study resepi nak buat kan ?
Biscoff Lavanaloka Cake
20pcs Biscoff Biskut (EMAS KETUL)
25g Gula Perang
90g Dairy Whipping Cream
1 Biji Telur (Gred A)
1 Biji Kuning Telur (Gred A)
32g Gula
20g Tepung Gandum
1tsp Vanilla Essence (RB Vaniila)
*RB Vanilla boleh dapatkan di www.chefkecik.com
1. Panaskan oven 190C
2. Blend Biscoff Biskut bersama gula sehingga halus. Masukkan whipping cream dan blend sehingga creamy.
3. Di dalam bekas lain pukul telur bersama gula sehingga creamy, medium speed selama lebih kurang 5 minit.
4. Kemudian masukkan RB Vanilla dan cream biscoff tadi dan beat sebati. Akhir sekali ayak tepung dan beat sebati.
5. Minyakkan dahulu bekas remakin dengan baking spray atau butter kemudian dust dengan tepung. Masukkan ke dalam bekas remekin dan bakar selama 11-12 minit. Elakkan bakar terlalu lama nanti lava tak mau keluar terus jadi normal cake.
6. Selamat mencuba !!
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik