Hai semua, selamat tengahari. Hari ni CK nak share resepi lagi, tapi kali ini lebih fokus kepada kek decoration. Setiap kek memerlukan decoration yang berbeza-beza kan. Kek yang CK nak deco kali ini perlu diletakkan chocolate drip, ok ini adalah resepi rahsia CK yang dah lama CK gunakan. Khas untuk follower CK & CK Buddies sahaja, CK nak share resepi ini ye. Apa yang paling penting untuk chocolate drip juga adalah pemilihan chocolate. CK gunakan finest belgium white chocolate converture daripada Callebaut iaitu White Chocolate W2 yang mengandungi 28% cocoa solid. Baik jom kita tengok resepi untuk chocolate drip ini.
Bahan-Bahan
100g White Chocolate
50g Dairy Whipping Cream
Cara-Cara
1. Campurkan kedua-dua bahan di dalam bekas kemudian panaskan di dalam microwave.
2. Keluarkan dari microwave dan kacau sehingga kedua bahan telah sebati, smooth dan berkilat.
3. Untuk campuran warna pula CK gunakan campuran warna putih dan juga warna pink untuk dapatkan warna yang soft.
4. Sebatikan campuran sehingga dapat warna yang anda inginkan.
5. Kemudian biarkan seketika sehingga chocolate sedikit pekat sepaya mudah untuk diletakkan di atas kek.
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan tips – tips yang menarik.