Nutella Buttercake
Untuk acuan CK pakai loaf pan 9.5inc ini ada jual di shopee Chef Kecik Kitchen ya.
Bahan A
250g Pure Butter (Lurpak salted)
2tbsp Nutella
200g Gula Kastor
3 Biji Telur (Gred A)
2 Biji Kuning Telur (Gred A)
250g Tepung Superfine
2tbsp Cocoa Powder
2tsp Baking Powder
Bahan B (Campur sekali menjadi susu Nutella)
8tbsp Susu Full Cream Milk
2-3tbsp Nutella
Cara-Cara
1. Panaskan oven 160-165C (conventional oven).
2. Campurkan susu dan juga nutella dalam satu bekas, (Susu Nutella)
3. Untuk bahan kering iaitu tepung, cocoa powder dan baking powder anda gabungkan sekali dalam satu bekas.
4. Pukul butter bersama nutella dan gula sehingga creamy. Pastikan butter anda dalam suhu bilik dan jangan guna butter yang sejuk.
5. Setelah itu masukkan telur dan kuning telur satu persatu, bagi sebati setiap satu telur baru la masukkan yang seterusnya. Jangan masuk semua sekali ya sebab telur perlukan masa untuk bergabung dan sebati dengan bahan lain.
6. Seterusnya masukkan bahan kering dan diselang seli dengan bahan cecair iaitu susu nutella tadi. Pukul sebati dengan speed medium sahaja. Elakkan overbeat ya, jangan pukul terlalu lama sebab boleh sebabkan kek anda padat. Ingat tuuu!!
7. Masukkan dalam acuan bagi sekata setiap satu. Nak hias dengan nutella pun boleh juga. Lihat IGTV CK kalau nak tengok details.
8. Dan bakar pada suhu 140C di dalam oven selama 30-35minit, CK pakai oven Soner (convection oven) atau sehingga masak, masa baking bergantung pada oven masing-masing ya. Kalau pakai conventional oven biasa boleh set suhu 160-165C bakar dalam 35-40 minit atau sehingga masak.
9. Dah siap tu share dekat IG dan tag CK tau. Lihat IGTV CK kalau nak tengok details.
Salam sayang CK 😘
Jom subscribe Telegram kami untuk mendapatkan resipi – resipi menarik yang anda boleh cuba sendiri di rumah .
#chefkecikkitchen #keksedap #kedaibakerisemenyih #kedaikeksemenyih #keksedapsemenyih #kekchefkecik #kekkahwin #kekkahwinsemenyih #kekbirthdaysemenyih #kekinstagram #kekinstagramsedap #kedaikekecomajestic #cookiesraya #cookies #kuihraya #cookiesviral #biskutraya #cookieschefkecik